Friday, November 14, 2014

Seronok jadi seorang photographer?

Apakah yang bermain di fikiran anda semua apabila melihat ramai photographer-photographer dengan gadget yang berbagai (DSLR, pelbagai jenis lensa, flash gun, tripod dan lain-lain)? adakah anda fikir mereka memiliki pendapatan yang lumayan daripada tugas-tugas yang mereka terima? adakah mereka tidak berasa letih bekerja seharian? seronokkah menjadi photographer?

Di sebalik apa yang tersurat, menjadi seorang photographer bukanlah mudah seperti yang disangka. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Mereka mengorbankan masa, wang, tenaga dan sebagainya. Usah ditanya berapa pendapatan mereka, tetapi lihatlah apa yang telah mereka lakukan. Sebelum majlis, semasa majlis dan juga sesudah majlis selesai.

Sebelum majlis mereka perlu mencari idea baru supaya gambar yang terhasil akan pelbagai. Menyediakan bahan-bahan yang berkenaan, melihat lokasi sebelum shooting, membuat promosi, deal dengan customer yang pelbagai ragam dan kehendak, menyusun atur jadual dan sebagainya.

Semasa majlis berlangsung sudah tentu mereka perlu mengambil gambar. Dalam masa yang sama mereka perlu sesuaikan diri dengan majlis, mengambil kira etika dalam majlis, pakaian, adap, pertuturan dan tingkah laku dengan orang ramai tanpa mengira waktu. Ada juga yang bekerja seharian daripada pagi hingga ke malam.

Selepas majlis pula, proses editing bermula. Mencari idea untuk menghasilkan album yang cantik bukannya mudah. Mencari ilham dalam setiap helaian album perlukan masa yang sesuai.

Bagi seorang photographer yang benar-benar minat dalam bidang ini, segala keletihan dan pengalaman yang mereka lalui itu akan terubat andai pelanggan suka dengan hasil titik peluh mereka. Feedback positif daripada pelanggan akan membuatkan mereka lebih bersemangat dalam kerjaya mereka. Tiada yang lebih membahagiakan selain daripada melihat kepuasan pelanggan. ;) 
(berdasarkan pengalaman sendiri... hihihi...)


No comments:

Post a Comment